Isnin, 21 Februari 2011

cInTa SeSaMa OrAnG mUsLiM

 سم الله الرحمن الرحيم
  1. Dan berilah peringatan kepada kerabat-kerabatmu yang terdekat, 
  2. dan rendahkanlah dirimu terhadap orang-orang yang mengikutimu, yakni orang-orang yang beriman,
  3. Jika mereka mendurhakaimu (dalam mentaati ayat dan perintah Allah), maka katakanlah (kepada mereka itu): "Sesungguhnya aku tidak bertanggungjawab terhadap apa yang kamu kerjakan"
MENCINTAI SAUDARA SESAMA ISLAM

Barangsiapa mencintai saudara Muslimnya lelaki dan perempuan KERANA ALLAH, maka mereka itu dikhabarkan Allah Swt adalah sebagai calon Syurganya. Walaupun tiada siapa mengetahui nasib kembalinya nanti (di akhirat), namun mereka tidak harus berputus asa dari rahmat Allah dan hendaklah sentiasa mereka memohon keampunan dari-Nya.

Surah Al-Syu'araa ayat 215 (No.2 di atas) Allah memerintahkan kita supaya merendahkan diri kepada saudara seIslam dengannya sebagai tanda kasih sayang, kelembutan dan ramah tamah kerana Allah Taala.

Dari Abi Hamzah Anas bin Malik r.a. bahawa Rasulullah Saw bersabda: "Tidak beriman seorang dari (antara) kamu sehingga dia mencintai (yakni kasih dan sayang kepada seorang Muslim yang lain) sebagaimana dia mencintai (dan menyayangi) dirinya sendiri" - Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

BERAT sungguh pesanan Rasulullah Saw dalam hadisnya (di atas) Wahai Muslimin dan Muslimat yang dirahmati Allah. Dapatkah kita mengasihi seorang yang lain sebagaimana kita kasih kepada diri kita sendiri? Itu antara ciri orang beriman yang Rasulullah Saw nyatakan. Kita tidak bisa membohongi diri tentangnya (perasaan berkasih sayang itu) kerana Allah mengetahui segala sesuatu termasuklah apa yang ada di dalam hati kita. Tiada siapa mampu membohongi Allah dalam hal ini melainkan mereka hanya membohongi diri mereka sendiri.

Antara lain contoh yang mudah bagi mengambarkan kasih sayang kerana Allah adalah: Katalah anda sedang mengimamkan solat jemaah di sebuah penempatan, yang mana solat anda itu turut disertai Muslimat dan anak-anak kecil mereka. Tatkala anda masih berada dalam solat, anda terdengar tangisan salah seorang bayi dari jemaah anda.Anda lantas mempercepatkan solat itu kerana anda turut merasai bagaimana rasa 'CEMAS' ibu kepada anak itu pada ketika itu. Itu antara kasih sesama Islam kerana Allah Taala. Anda perbesarkan skop pemikiran anda untuk perkara-perkara yang lebih besar, InsyaAllah, anda akan lebih memahami konsep yang disunnahkan Rasulullah Saw ini.

Antara lain langkah yang boleh anda ambil bagi mewujudkan perasaan kasih dan sayang kerana Allah Taala mengikut pandangan admin adalah:
  1. Bergaullah dengan orang-orang soleh
  2. Sering bangun dipenghujung malam untuk solat Malam (Tahajud) atau Qiamullail
  3. Lakukan Ibadah Haji dan Umrah apabila telah mampu
  4. Maafkan orang yang berbuat salah kepada kita biar sebesar manapun kesalahannya itu
  5. Jangan berdendam atau ada rasa ingin membalas dendam terhadap kejahatan dengan melakukan pula kejahatan terhadap mereka yang berbuat jahat itu
  6. Jangan membenci seseorang hanya kerana berlainan fahaman serta pendirian
  7. Jangan benci kepada orang yang membenci kita dan banyak lagi sekadar menukilkan sebahagian kecil sahaja dari sifat-sifat baik yang harus ada bagi kita mewujudkan rasa kasih terhadap sesama Muslim kerana Allah Taala. ~Wallahualam~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.