Isnin, 21 Februari 2011

Mata oh Mata, Kenapa Engkau Liar?



alt
Babak 1
Sop: Kau tahu tak, Zetty tu dulu free hair.. Tiba-tiba je datang kesedaran nak pakai tudung.
Meon: Ye ke??!! macam tak percaya je..
Sop: Ha ah.. ok gak la.. dalam majalah sekolah ada lagi gambar dia.. kau nak tengok?
Babak 2
Pada suatu hari Sop dan Meon sedang berjalan-jalan di kotaraya London. Tiba-tiba mereka terlihat kelibat seorang wanita bertudung labuh ala-ala filem Ketika Cinta Bertasbih (KCB).
Sop: Eh, ada gadis mcam dalam KCB la...
Meon: Mana? Mana? Mana?
Sop: Tuuu...tengah jalan ramai2 depan Madame Tusod..
Meon: Ooooooo..... macam kenal, yang pakai tudung kaler merah jambu tu ke?
Babak 3
Sop dan Meon menyambung kembara cuti musim bunga mereka di bandaraya Dublin. Cuaca semakin panas.
Sop: Astaghfirullahal azim, singkatnya skirt minah saleh tu...tak solehah langsung...! !
Meon: Eh ye ke? Yang mana satu?  Yang skirt oren tu ke?
Sop: Tak, yang kaler biru , blouse biru muda tu..
Meon: Ha ah la..betul lah cakap kau...
Ada apa dengan mata?
Untuk jadi hebat, kita perlu menutup dan menundukkan pandangan. Ini bukanlah bermaksud semuanya kena pejamkan mata 24 jam (penat juga tu), atau membina dinding dan tembok batu sepanjang masa atau semasa kuliah-kuliah agama sahaja, tetapi menjaga dan memelihara kedua mata kita daripada MENJADI LIAR.
Apabila datangnya peluang terbentang di hadapan kita, samada semasa sedang berseorangan, atau sedang berdua bersama rakan karib, atau bersama masyarakat umum, kita mestilah bertindak SEGERA dan PINTAR untuk tidak mengamati kecantikan wanita yang terbentang dan segeralah mengalihkan pandangan daripadanya sambil bersyukur dan beristighfar.
''Alhamdulillah, Allah jaga mata dan hati aku. Ya Allah, ampunlah dosa aku, moga Allah beri yang lebih baik''
Allah berfirman :
"Sesungguhnya orang-orang yang takut kepada Tuhannya Yang tidak nampak oleh mereka, mereka akan memperoleh ampunan dan pahala yang besar." - [Surah Al-Mulk :12]
Kalau dahulu dia tidak bertudung, atau kurang menutup aurat, perlukah kita menatap gambar-gambar 'lama' itu lagi? Fear Allah brothers... malulah sebab mereka itu sudah diberikan hidayahnya. Kita bila lagi?
Kalau ternampak kelibat wanita yang berjilbab dan menutup aurat samada di majlis ilmu atau di jalanan, malulah dan pandanglah tempat lain. Itu bukan HAQ mu.. Allah boleh ganti dengan yang lebih baik.
Kalau diberikan peluang melihat aurat wanita, takut dan malulah, kerana itu akan merendahkan darjat matamu dan merosakkan amal, sekaligus hati menjadi lali dan tidak tenteram.

cInTa SeSaMa OrAnG mUsLiM

 سم الله الرحمن الرحيم
  1. Dan berilah peringatan kepada kerabat-kerabatmu yang terdekat, 
  2. dan rendahkanlah dirimu terhadap orang-orang yang mengikutimu, yakni orang-orang yang beriman,
  3. Jika mereka mendurhakaimu (dalam mentaati ayat dan perintah Allah), maka katakanlah (kepada mereka itu): "Sesungguhnya aku tidak bertanggungjawab terhadap apa yang kamu kerjakan"
MENCINTAI SAUDARA SESAMA ISLAM

Barangsiapa mencintai saudara Muslimnya lelaki dan perempuan KERANA ALLAH, maka mereka itu dikhabarkan Allah Swt adalah sebagai calon Syurganya. Walaupun tiada siapa mengetahui nasib kembalinya nanti (di akhirat), namun mereka tidak harus berputus asa dari rahmat Allah dan hendaklah sentiasa mereka memohon keampunan dari-Nya.

Surah Al-Syu'araa ayat 215 (No.2 di atas) Allah memerintahkan kita supaya merendahkan diri kepada saudara seIslam dengannya sebagai tanda kasih sayang, kelembutan dan ramah tamah kerana Allah Taala.

Dari Abi Hamzah Anas bin Malik r.a. bahawa Rasulullah Saw bersabda: "Tidak beriman seorang dari (antara) kamu sehingga dia mencintai (yakni kasih dan sayang kepada seorang Muslim yang lain) sebagaimana dia mencintai (dan menyayangi) dirinya sendiri" - Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

BERAT sungguh pesanan Rasulullah Saw dalam hadisnya (di atas) Wahai Muslimin dan Muslimat yang dirahmati Allah. Dapatkah kita mengasihi seorang yang lain sebagaimana kita kasih kepada diri kita sendiri? Itu antara ciri orang beriman yang Rasulullah Saw nyatakan. Kita tidak bisa membohongi diri tentangnya (perasaan berkasih sayang itu) kerana Allah mengetahui segala sesuatu termasuklah apa yang ada di dalam hati kita. Tiada siapa mampu membohongi Allah dalam hal ini melainkan mereka hanya membohongi diri mereka sendiri.

Antara lain contoh yang mudah bagi mengambarkan kasih sayang kerana Allah adalah: Katalah anda sedang mengimamkan solat jemaah di sebuah penempatan, yang mana solat anda itu turut disertai Muslimat dan anak-anak kecil mereka. Tatkala anda masih berada dalam solat, anda terdengar tangisan salah seorang bayi dari jemaah anda.Anda lantas mempercepatkan solat itu kerana anda turut merasai bagaimana rasa 'CEMAS' ibu kepada anak itu pada ketika itu. Itu antara kasih sesama Islam kerana Allah Taala. Anda perbesarkan skop pemikiran anda untuk perkara-perkara yang lebih besar, InsyaAllah, anda akan lebih memahami konsep yang disunnahkan Rasulullah Saw ini.

Antara lain langkah yang boleh anda ambil bagi mewujudkan perasaan kasih dan sayang kerana Allah Taala mengikut pandangan admin adalah:
  1. Bergaullah dengan orang-orang soleh
  2. Sering bangun dipenghujung malam untuk solat Malam (Tahajud) atau Qiamullail
  3. Lakukan Ibadah Haji dan Umrah apabila telah mampu
  4. Maafkan orang yang berbuat salah kepada kita biar sebesar manapun kesalahannya itu
  5. Jangan berdendam atau ada rasa ingin membalas dendam terhadap kejahatan dengan melakukan pula kejahatan terhadap mereka yang berbuat jahat itu
  6. Jangan membenci seseorang hanya kerana berlainan fahaman serta pendirian
  7. Jangan benci kepada orang yang membenci kita dan banyak lagi sekadar menukilkan sebahagian kecil sahaja dari sifat-sifat baik yang harus ada bagi kita mewujudkan rasa kasih terhadap sesama Muslim kerana Allah Taala. ~Wallahualam~

Ahad, 20 Februari 2011

Menghadapi Kelemahan Iman


Haruslah kita sedar dan faham bahawasanya manusia seperti kita ini mengalami

iman yang tidak tetap. Adakalanya iman kita meninggi hinggakan kita

memperolehi kedamaian jiwa, amalan kita dirasakan manis, dada kita lapang..
alangkah bahagianya di kala itu. Di saat yang lain pula dada kita terasa
sempit, malas untuk melakukan amal ketaatan, fikiran menjadi kusut, tiada
ketenteraman, jiwa gelisah serta kecenderungan untuk melakukan maksiat
bertambah.

Di saat itu berhati-hatilah. Penuhilah masamu dengan tafakkur dan melakukan
amalan taqwa. Fikirkanlah apa yang menyebabkan anda menjadi demikian. Adakah
anda telah meninggalkan perintah Allah? Adakah anda melakukan maksiat? Atau
adakah anda tidak redha dengan ketentuan Allah kepadamu?

Di saat sebegini bawalah hatimu mengunjungi salah satu dari tiga tempat:

1. Ke tempat orang membaca Al-Quran, anda membacanya, atau anda dengar
baik-baik orang membacanya;
2. Atau anda pergi ke majlis pengajaran yang mengingatkan hati kepada Allah;
3. Ataupun anda mencari tempat yang sunyi, di sana anda berkhalwat menyembah
Allah, umpamanya di tengah malam buta, di saat orang tidur nyenyak, anda
bangun mengerjakan sembahyang malam, meminta dan memohon kepada Allah agar
diberikanmu kedamaian jiwa.

Di samping itu hendaklah anda mencari tempat dan suasana yang boleh
menyuburkan iman kerana kesan-kesan luar yang berunsurkan Islam amat penting
bagi melahirkan keperibadian muslim. Jangan sekali-kali mencari suasana yang
boleh merangsang perasaan yang ingin melakukan maksiat. Pergaulilah
orang-orang yang saleh yang menyeru kepada Islam kerana kasihkan mereka juga
adalah satu cara untuk mendekatkan diri kepada Allah.

Jangan biarkan saat kelemahan imanmu itu berlarutan kerana dibimbangi anda
akan semakin jauh daripada Allah, semakin jauh daripada keredhaanNya dan
semakin jauh dari kecintaanNya. Ingat dan fikirkanlah mati yang bakal
menjemputmu bila-bila masa sahaja. Syukurilah setiap nikmat yang diberikan
Allah kepadamu, perbanyakkan istighfarmu dan paksalah dirimu agar terus
melakukan amal taat kepadaNya. Awasilah lidahmu kerana di saat sebegini
syaitan akan mempergunakan lidahmu untuk memperkatakan sesuatu yang sia-sia
lagi berdosa. Sibukkanlah diri untuk membaca Al-Quran atau zikrullah yang
lain.

Siapakah Sebenar Pemilik Baitullah? Ia adalah milik orang bertakwa

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
بسم الله الرحمن الرحيم

Allah dalam firman-Nya telah memperjelaskan dengan nyata berhubung siapakah manusia yang sepatutnya memiliki atau menguasai BAITULLAH (Rumah Allah @ Kaabah) di Makkah Al-Mukarramah. Mereka yang sepatutnya menguasai Baitullah bukanlah dari kalangan orang yang membuat perintah untuk menghalang-halangi orang Islam yang beriman untuk mendatangi Masjidil Haram.

Cuba kita amati ayat Allah dalam SURAH AL ANFAAL : AYAT 33, 34 & 35 di bawah ini:-
  1. (33) - Dan Allah sekali-kali tidak akan mengazab mereka, sedang kamu (Muhammad Saw) berada di antara mereka (kaum Quraisy Makkah). Dan tidaklah (pula) Allah akan mengazab mereka sedang mereka meminta ampun (Dalam kelompok kaum mereka itu ada kaum Muslimin yang sering memohon keampunan dari Allah @ sering pula bertaubat kepada Allah).
  2. (34) - Kenapa Allah tidak mengazab mereka padahal mereka menghalangi orang untuk (mendatangi) Masjidil Haram?, dan (sedangkan) mereka (sebenarnya) bukanlah orang-orang yang berhak menguasainya. Hanya orang-orang yang bertakwalah (yang sepatutnya menguasai Baitullah/Masjidil Haram), tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui. 
JELAS, Allah menyindir kita semua dalam ayat 34 bahawa akan tiba masanya RUMAHNYA (Baitullah)itu dikuasai kembali kelompok manusia yang bukan HAK sebagaimana bermulanya zaman Jahiliah selepas zaman Ibrahim a.s. dan Ismail a.s. SESUNGGUHNYA KITA INI SEMEMANGNYA MANUSIA YANG SANGAT LALAI. Sebenarnya ketetapan ayat Allah ini sedang berlaku tetapi kebanyakan manusia (kita semua) tidak mengetahuinya (kita ini semuanya termasuk golongan seperti dalam sindiran Allah pada akhir baris ayat 34 itu).

Ketika admin menyuarakan KETIDAK PUASAN hati kerana KERAJAAN SAUDI tidak membenarkan pengeluaran Visa Umrah (yakni kebenaran memasuki Makkah atau mendatangi Masjidil Haram) selepas Musim Haji baru lalu WALHAL Rasulullah Saw pernah bersabda, malah Allah juga ada berfirman supaya manusia itu mendatangi Baitullah pada bila-bila masa bagi mengerjakan Umrah (kecuali Musim Haji di antara 8 hingga 13 Zulhijjah pada setiap tahun - kerana waktu ini dikhususkan bagi mereka yang akan mengerjakan Haji sahaja), ramai yang mengkritik admin kerana menentang keputusan Kerajaan Saudi dalam hal pembekuan Visa Umrah itu.

Selepas itu admin 'refer' ayat ini kepada beberapa cendikiawan Islam, agar dapat mereka memberi nilai tambah kepada kefahaman admin tentang ayat 33 & 34 ini. Hasilnya, memang jelas kita semua sedang melangkah ke era terakhir zaman kegemilangan Islam, kita sedang menanti zaman kejatuhan Islam, zaman kehadiran Dajjal, sebelum datang Mahadi dan Isa a.s. untuk kembali menyemarakkan (mengimarahkan semula) Agama Islam yang semakin ditinggalkan kebanyakan manusia di bumi milik Allah ini.

SOALNYA, siapa yang ingin turut serta bersama golongan yang digambarkan Allah sebagai manusia yang tidak mengetahui dalam ayat 34 itu, yakni mereka yang bersekongkol dan bersetuju dengan Kerajaan Saudi dalam hal pembekuan Visa Umrah itu (bagi tujuan mengahalangi orang mendatangi Masjidil Haram), seharusnya segera bertaubat kerana Allah memberi amaran keras pada golongan ini dalam sambungan ayat ke 35 dari surah yang sama bahawa: 'Sembahyang mereka (golongan ini) di sekitar Baitullah itu, tidak lain hanyalah siulan dan tepukan tangan (tiada bernilai di sisi Allah), Maka rasakanlah azab disebabkan kekafiranmu itu'

~Wallahualam~

Ada Aib Yang Di Harus Dibuka Kepada Khalayak

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
بسم الله الرحمن الرحيم

Adimin pernah berdebat dengan beberapa orang di sini kerana mereka sangat pandai dalam memutar belitkan Al-Quran dan Hadis mengikut acuan kegemaran mereka. Puas admin fikir bagaimana untuk menerangkan perkara 'simple' tetapi tidak terucap selama ini.

Apa yang UMUM TAHU dan sedia maklum, Islam menegah umatnya meng'aib'kan umatnya yang lain (yakni mengaibkan orang Islam yang lainnya). TETAPI dalam kaedah manakah pula kita WAJAR membuka AIB seseorang Muslim itu sebagai teladan?

Antara perkara yang WAJAR dan HARUS untuk kita buka AIB seorang Muslim yang lain adalah apabila mereka itu tidak segan silu melakukan perkara yang dilaknati Allah atau perkara yang dimurkai Allah dan Rasul-Nya berupa maksiat dan sebagainya. Contoh perkara yang termasuk dalam keharusan untuk kita membuka aib seseorang saudara Islam kita itu adalah apabila kita mengetahui:-
  1. Jiran atau sahabat kita berzina
  2. Sahabat yang Rasuah
  3. Si Pembohong yang merbahaya
  4. Si Luncai yang sedang terjun dengan labu-labunya
  5. Jiran atau sahabat Islam kita yang tidak bersolat
  6. Jiran atau sahabat kita tidak berpuasa di bulan Ramadan
  7. Jiran dan sahabat kita yang membuka aurat dan berbangga pula dengannya dikhalayak ramai (di TV, akhbar dan sebagainya)
  8. Pendakwah yang memalukan Alim Ulama yang lainnya dengan perangainya yang menjolok mata serta ditunjukkan kepada khalayak ramai samada melalui TV atau akhbar
  9. Pendakwah, Alim Ulama atau Ustaz yang tidak ke Masjid atau tidak bersolat berjemaah dengan sengaja setiap hari dan banyak lagi perkara yang seumpama dengannya. Yang  mana merupakan maksiat terhadap Allah yang dilakukan umat Islam, ia WAJAR didedahkan sebagai teladan supaya tiada yang mengikuti jejak mungkarnya itu.
Adapun membuka AIB saudara Islam seperti dibawah ini pula adalah DILARANG dan ia termasuk dalam larangan sebagaimana hadis Rasulullah Saw di bawah ini:

Dari Abu Hurairah r.a menceritakan bahawa Rasulullah S.a.w bersabda: "Tahukah kamu apakah ghaibah? Jawab sahabat: "Allah dan Rasul yang lebih mengetahui. " Maka Rasulullah S.a.w. bersabda: "Ghaibah itu jika kamu menyebut (membicarakan) hal keadaan saudaramu yang tidak suka hal itu disebut atau dibicarakan kepada orang lain, maka itu bererti ghaibah." 

Lalu Rasulullah S.a.w ditanya sahabat: " Bagaimana kalau saudaraku itu memang begitu? "Jawab Rasulullah S.a.w: "Jika kamu sebut itu benar ada padanya maka itu ghaibah. Tetapi jika ia tidak benar, itu buhtan (membuat kepalsuan untuk memburukkan nama orang lain).

AIB YANG DILARANG KITA MEMBUKANYA adalah perkara yang tidak menyalahi syariat Islam yang berlaku atau dilakukan oleh jiran, sahabat atau sesiapa sahaja saudara Muslim yang kita kenali. Antara lainnya adalah:-
  1. Mendedahkan jiran kita hanya makan sekali sehari kerana tidak mampu
  2. Mendedahkan bahawa jiran kita hanya makan nasi dan ikan masin dengan niat memalukannya
  3. Berkata bahawa sipolan itu tidak ada baju lain kah? Dari hari itu aku melihat baju itu yang diulang pakainya dengan niat menghina kemiskinannya
  4. Pak Imam tu macam bagus je, tiap hari sibuk nak ajak kita ke Masjid, macamlah keluarga dia tu baik sangat.
  5. Curi ambil gambar seseorang dan kemudian siarkan dengan niat mengaibkannya
  6. Mencela dan menghebohkan perihal orang yang berpoligami dengan niat memburukkan sunnah Rasulullah saw, sedangkan perkara itu tidak diharamkan Islam dan banyak lagi perkara yang tidak dilarang Allah tetapi sengaja kita menghebahkan dengan niat dan  tujuan memalukan seseorang Islam yang lain.  
Perbuatan AIB serta meng'AIB'kan yang berlaku, hendaklah berlandaskan 2 situasi di atas. Ada yang WAJAR kita dedahkan supaya ianya menjadi teladan kepada umat Islam dan ada pula yang HARAM untuk kita dedahkan kerana ianya mengundang dosa dari Allah Swt.  ~Wallahualam~