السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
بسم الله الرحمن الرحيم
Allah dalam firman-Nya telah memperjelaskan dengan nyata berhubung siapakah manusia yang sepatutnya memiliki atau menguasai BAITULLAH (Rumah Allah @ Kaabah) di Makkah Al-Mukarramah. Mereka yang sepatutnya menguasai Baitullah bukanlah dari kalangan orang yang membuat perintah untuk menghalang-halangi orang Islam yang beriman untuk mendatangi Masjidil Haram.
Cuba kita amati ayat Allah dalam SURAH AL ANFAAL : AYAT 33, 34 & 35 di bawah ini:-
- (33) - Dan Allah sekali-kali tidak akan mengazab mereka, sedang kamu (Muhammad Saw) berada di antara mereka (kaum Quraisy Makkah). Dan tidaklah (pula) Allah akan mengazab mereka sedang mereka meminta ampun (Dalam kelompok kaum mereka itu ada kaum Muslimin yang sering memohon keampunan dari Allah @ sering pula bertaubat kepada Allah).
- (34) - Kenapa Allah tidak mengazab mereka padahal mereka menghalangi orang untuk (mendatangi) Masjidil Haram?, dan (sedangkan) mereka (sebenarnya) bukanlah orang-orang yang berhak menguasainya. Hanya orang-orang yang bertakwalah (yang sepatutnya menguasai Baitullah/Masjidil Haram), tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui.
JELAS, Allah menyindir kita semua dalam ayat 34 bahawa akan tiba masanya RUMAHNYA (Baitullah)itu dikuasai kembali kelompok manusia yang bukan HAK sebagaimana bermulanya zaman Jahiliah selepas zaman Ibrahim a.s. dan Ismail a.s. SESUNGGUHNYA KITA INI SEMEMANGNYA MANUSIA YANG SANGAT LALAI. Sebenarnya ketetapan ayat Allah ini sedang berlaku tetapi kebanyakan manusia (kita semua) tidak mengetahuinya (kita ini semuanya termasuk golongan seperti dalam sindiran Allah pada akhir baris ayat 34 itu).
Ketika admin menyuarakan KETIDAK PUASAN hati kerana KERAJAAN SAUDI tidak membenarkan pengeluaran Visa Umrah (yakni kebenaran memasuki Makkah atau mendatangi Masjidil Haram) selepas Musim Haji baru lalu WALHAL Rasulullah Saw pernah bersabda, malah Allah juga ada berfirman supaya manusia itu mendatangi Baitullah pada bila-bila masa bagi mengerjakan Umrah (kecuali Musim Haji di antara 8 hingga 13 Zulhijjah pada setiap tahun - kerana waktu ini dikhususkan bagi mereka yang akan mengerjakan Haji sahaja), ramai yang mengkritik admin kerana menentang keputusan Kerajaan Saudi dalam hal pembekuan Visa Umrah itu.
Selepas itu admin 'refer' ayat ini kepada beberapa cendikiawan Islam, agar dapat mereka memberi nilai tambah kepada kefahaman admin tentang ayat 33 & 34 ini. Hasilnya, memang jelas kita semua sedang melangkah ke era terakhir zaman kegemilangan Islam, kita sedang menanti zaman kejatuhan Islam, zaman kehadiran Dajjal, sebelum datang Mahadi dan Isa a.s. untuk kembali menyemarakkan (mengimarahkan semula) Agama Islam yang semakin ditinggalkan kebanyakan manusia di bumi milik Allah ini.
SOALNYA, siapa yang ingin turut serta bersama golongan yang digambarkan Allah sebagai manusia yang tidak mengetahui dalam ayat 34 itu, yakni mereka yang bersekongkol dan bersetuju dengan Kerajaan Saudi dalam hal pembekuan Visa Umrah itu (bagi tujuan mengahalangi orang mendatangi Masjidil Haram), seharusnya segera bertaubat kerana Allah memberi amaran keras pada golongan ini dalam sambungan ayat ke 35 dari surah yang sama bahawa: 'Sembahyang mereka (golongan ini) di sekitar Baitullah itu, tidak lain hanyalah siulan dan tepukan tangan (tiada bernilai di sisi Allah), Maka rasakanlah azab disebabkan kekafiranmu itu'
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.